Tiada Unsur LGBT, Namun RTM Hentikan Siaran ‘Santiago of the Seas’ Untuk Semakan

KUALA LUMPUR, — RTM menghentikan sementara siaran animasi “Santiago of the Seas” bagi menjalani penilaian semula kandungan, meskipun semakan awal mendapati tiada sebarang unsur LGBT dalam episod yang dibangkitkan.

Menurut RTM, laporan Penilaian Kandungan selepas siaran Episod 22 pada 16 November lalu tidak menemui apa-apa perlakuan atau elemen yang menjurus kepada hubungan sejenis seperti didakwa di media sosial.

Bagaimanapun, RTM mengambil langkah proaktif dengan menghentikan siaran animasi itu sehingga keseluruhan siri selesai diteliti.

“Langkah ini diambil bagi memastikan tiada elemen yang menimbulkan sensitiviti atau keraguan dalam kalangan penonton,”

RTM turut menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menegaskan komitmen mematuhi etika penyiaran nasional.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat