MA63 jadi teras tawaran manifesto GRS – Hajiji

KOTA KINABALU — Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan komitmen melaksanakan segera hak-hak Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai tawaran utama dalam manifestonya.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, manifesto itu merangkumi satu gagasan, empat rukun dan 16 strategi yang menjadi hala tuju pembangunan negeri untuk lima tahun akan datang.

“Empat akujanji manifesto GRS digariskan iaitu pertama meneruskan ketegasan dalam pelaksanaan segera hak Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan, MA63 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

“Kedua, GRS menggariskan usaha mendapatkan hak berperlembagaan Pemberian Khas 40 peratus hasil bersih dikembalikan kepada Kumpulan Wang Disatukan Negeri.

“Ketiga, GRS menegaskan kedaulatan dan mempertahankan keselamatan dan integriti sempadan wilayah, manakala keempat GRS menekankan keperluan memaknai autonomi wilayah,” katanya dalam pelancaran Manifesto GRS di sini hari ini.

Hajiji berkata, GRS turut komited menuntut pelaksanaan hak Pemberian Khas 40 peratus hasil bersih kepada Sabah, selain mempertahankan keselamatan dan integriti sempadan negeri.

“GRS juga menzahirkan reformasi termasuk penetapan had maksimum dua penggal jawatan Ketua Menteri sebagai langkah memastikan tadbir urus yang lebih berintegriti,” katanya.

Beliau berkata, GRS memberi fokus kepada pengukuhan ekonomi melalui potensi baharu seperti Ekonomi Digital dan Pemerdagangan Kredit Karbon, selain mewujudkan Dana Pelaburan Masa Depan Anak Sabah.

Manifesto itu turut menyasarkan peningkatan hasil negeri sehingga RM10 bilion dan menyelesaikan isu asas seperti air, elektrik serta rangkaian jalan raya dan komunikasi, selain menangani kemiskinan serta keperluan golongan rentan.

“Seterusnya adalah menangani isu-isu utama yang diwarisi seperti kemiskinan, keperluan khas golongan rentan, peluang pekerjaan, perumahan, pengurusan bencana, pemodenan bandar dan transformasi daerah-daerah kurang membangun.

“Selain itu, melaksanakan reformasi kerangka perundangan dan institusi ke arah persekitaran yang mampan, progresif dan berintegriti serta tadbir urus yang baik termasuk penetapan had maksimum Ketua Menteri untuk dua penggal,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat