SSPA : JPA tubuh pusat panggilan setempat, beri penjelasan cepat & tepat

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melancarkan Pusat Panggilan Setempat Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi membantu penjawat awam mendapatkan penjelasan berkaitan sebarang persoalan atau kekeliruan mengenai sistem skim berkenaan.

Penjawat awam yang mempunyai sebarang persoalan bolehlah menghubungi talian 03-8885 3380 yang beroperasi pada jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, dari Isnin hingga Jumaat kecuali Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.

JPA menerusi kenyataannya memaklumkan, majlis perasmian pusat panggilan itu telah disempurnakan oleh Ketua Pengarahnya, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, dekat sini, pada Selasa.

“Penubuhan pusat ini bagi meningkatkan akses kepada maklumat yang tepat serta memberikan penjelasan menyeluruh mengenai sistem SSPA.

“Inisiatif ini adalah saluran tambahan selain portal rasmi www.sspa.gov.my untuk memudahkan semua penjawat awam Persekutuan dan Negeri bagi mendapatkan penjelasan yang jelas, cepat serta tepat,”kata kenyataan itu.

“Hasrat utama SSPA adalah memberi manfaat kepada penjawat awam, beberapa salah faham dan persepsi tidak tepat masih berlegar, yang boleh menjejaskan pelaksanaannya.

“Pusat panggilan ini bertujuan memperjelaskan segala persoalan dan memastikan semua pihak memahami sepenuhnya tujuan dan manfaat sistem saraan berkenaan, ”katanya.

“Sejak pengenalan SSPA melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2024 pada 13 September lalu, sebanyak 54 sesi Libat Urus SSPA (SLU) dilaksanakan untuk memberikan penerangan mengenai sistem saraan yang baharu.

“Pengenalan SSPA adalah sebahagian daripada Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam yang lebih besar, bagi memberikan penjelasan menyeluruh mengenai sistem ini dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam.

“Di samping itu, dapat membantu mengurangkan kos sara hidup bagi penjawat awam,” katanya lagi.

“Bagi memastikan sokongan yang berkesan, pusat panggilan ini akan dikendalikan oleh 20 orang pegawai yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Kajian SSPA.

“Selain itu, pegawai berkenaan terbabit secara langsung yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai sistem SSPA dan bersedia memberikan penjelasan terperinci untuk menyelesaikan sebarang kekeliruan yang timbul, ”tambahnya.

“Inisiatif ini adalah bukti komitmen JPA dalam memastikan penjawat awam dilengkapi dengan pemahaman yang jelas dan tepat mengenai SSPA.

“Sekali gus menyokong inisiatif transformasi perkhidmatan awam di Malaysia,”tambahnya lagi.-SUARA.TV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat