KUALA LUMPUR – Malaysia dan Vietnam bersetuju untuk meningkatkan kerjasama bagi menangani aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pertemuan dua hala dengan Presiden Vietnam, Vo Van Thuong juga membincangkan isu Laut China Selatan dan bersetuju mematuhi sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan serta menggesa agar perbincangan Kod Tatalaku di Laut China Selatan dapat segera dimuktamadkan.
“Turut dibincangkan adalah terkait kaedah untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama antara Malaysia dan Vietnam meliputi pelbagai bidang.
“Vietnam juga meminta Malaysia memudahkan kemasukan produk halal dari negara itu dan menjalin kerjasama dalam pensijilan halal.
“Di akhir pertemuan, saya sekali lagi mengulangi jemputan kepada Presiden Vietnam untuk mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia.
Hadir sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Kadir, Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan delegasi lain.