TNC UPNM nafi sokong Deklarasi G70

- Advertisement -

CYBERJAYA: Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), nafi terlibat dengan Deklarasi Profesor Melayu G70.

Malah, Prof Datuk Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi juga nafi menyokong mana-mana pemimpin parti politik atau memihak kepada mana-mana parti, serta tidak tahu-menahu namanya dimasukkan dalam deklarasi tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau secara prinsip menyokong ke arah kestabilan politik, pemulihan ekonomi dan kesejahteraan umum.

“Sewaktu deklarasi dilaksanakan, saya tidak berada bersama dan tidak sama sekali terlibat dengan deklarasi tersebut.

“Tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyokong mana-mana pemimpin parti politik atau memihak kepada mana-mana parti politik.

“Tidak tahu-menahu bahawa nama saya telah dimasukkan dalam senarai Deklarasi Profesor Melayu G70. Saya juga telah meminta nama saya dikeluarkan daripada senarai tersebut,” katanya dalam kenyataan yang ditulis di Facebooknya pada malam Rabu.

Satu Deklarasi Profesor Melayu G70 yang menyenaraikan enam resolusi menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan untuk mengundi pada PRU-15, 19 November ini.

Antara lain, deklarasi itu turut menyatakan bahawa menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Deklarasi tersebut turut menyenaraikan kira-kira 70 orang ahli akademik bergelar
profesor yang didakwa menyokong resolusi berkenaan.

Perkara itu kemudian mendapat perhatian pendakwah bebas dan ahli akademik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mempersoalkan tentang gelaran profesor yang diguna individu dalam deklarasi terbabit.

Menurut Ridhuan, kumpulan tersebut bukan sahaja didakwa sebagai menipu berhubung gelaran profesor malah dianggap sangat terdesak semata-mata untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,479FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat