Mahkamah Belanda Sahkan Pesawat MH17 Ditembak Jatuh Peluru Berpandu Buatan Russia

- Advertisement -

AMSTERDAM – Mahkamah Belanda hari ini mengesahkan penemuan bahawa pesawat penumpang MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Russia dalam tragedi pada 2014.

Mahkamah itu yang mengendalikan perbicaraan empat suspek insiden berkenaan tanpa kehadiran mereka, berkata peluru berpandu terbabit ditembak dari sebuah padang di timur Ukraine.

“Mahkamah berpandangan MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK yang dilancarkan dari sebuah padang ladang berhampiran Pervomaisk, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 kru,” kata Hakim Hendrik Steenhuis.

Mahkamah berkata, Russia mempunyai kawalan menyeluruh ke atas pasukan tentera kumpulan pemisah di timur Ukraine ketika kejadian.

“Sejak pertengahan Mei 2014, Russia mempunyai apa yang dikatakan kawalan menyeluruh ke atas Republik Rakyat Donetsk,” kata Steenhuis merujuk kepada wilayah tempat pesawat itu ditembak jatuh.

Pada 17 Julai 2014, pesawat itu yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di timur Ukraine sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan anak kapal dari 10 negara berbeza, dengan lebih separuh daripadanya adalah warga Belanda. – Reuters

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat