Kerjasama BN-GPS-GRS dijangka bentuk kerajaan 114 – 144 kerusi

- Advertisement -

 KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) yang ketinggalan pada minggu pertama kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kini mendahului parti lawan di 82 kerusi Parlimen seluruh negara menjelang dua hari sebelum hari pengundian.

Jumlah ini tidak termasuk sekutu mereka Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). GRS dijangka akan mendapat 5 kerusi Parlimen, manakala GPS akan memenangi 27 kerusi.

Jika keadaan ini diterjemahkan dalam PRU15 ia akan membolehkan kerajaan BN-GPS-GRS membentuk majoriti mudah 114 kerusi Parlimen.

BN boleh membentuk kerajaan lebih stabil dengan penyertaan Perikatan Nasional (PN). PN dijangka memenangi sekitar 30 kerusi dan ini menjadikan majoriti 144 kerusi.

Laporan ini dibuat oleh perunding bebas yang dibiayai  oleh sekumpulan pemimpin UMNO untuk mendapat informasi lebih baik bagi tujuan strategi dalaman.

Perunding ini membuat penyelidikan atas kumpulan sasar yang belum membuat keputusan mengundi sesiapa sejak Parlimen dibubarkan dan mengambil kira pengundi putih setiap parti.

Berdasarkan 500 orang responden setiap Parlimen, pasukan penyelidik ini melaporkan  BN hanya ada 45 kerusi Parlimen pada pada minggu lepas. Bagaimanapun hasil dapatan semalam menunjukkan kecenderungan pengundi ‘atas pagar’ ke arah BN kian membesar.

Kemunculan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memimpin kempen sejak ahad lalu dilihat antara faktor utama perubahan tersebut. Wawancara Ismail bersama media yang menekankan integriti dan memisahkan Umno dengan pemimpin yang terkait rasuah antara dorongan perubahan sokongan tersebut.

Lebih 90 peratus pengundi non-partisan yang ditemui mahukan kerajaan yang mampu memulihkan ekonomi dan tidak akan mencampuri urusan mahkamah.

Bagaimanapun di sebalik mendahului selesa, BN akan kehilangan beberapa kerusi tradisi seperti Arau, Padang Besar dan Ketereh, namun merampas beberapa kerusi Pakatan Harapan dan Pakatan Harapan seperti Kangar, Simpang Renggam dan Segamat.

Berikut 82 kerusi yang dijangka akan dimenangi oleh BN.

PERLIS

  1. P02 KANGAR

KEDAH

  1. P05: JERLUN
  2. P06: KUBANG PASU
  3. P07: PADANG TERAP
  4. P16: BALING
  5. P17: PADANG SERAI

KELANTAN

  1. P26: KETEREH
  2. p29: MACHANG
  3. P30: JELI
  4. P32: GUA MUSANG

TERENGGANU

  1. P33: BESUT
  2. P38: HULU TERENGGANU
  3. P40: KEMAMAN

PULAU PINANG

  1. P41 KEPALA BATAS
  2. P42 TASEK GELUGOR
  3. P53: BALIK PULAU

PERAK

  1. P54: GERIK
  2. P55 LENGGONG
  3. P61: PADANG RENGAS
  4. P62: SUNGAI SIPUT
  5. P67: KUALA KANGSAR
  6. P69: PARIT
  7. P72: TAPAH
  8. P73: PASIR SALAK
  9. P74: LUMUT
  10. P75 BAGAN DATUK
  11. P77: TANJONG MALIM

PAHANG

  1. P78: CAMERON HIGHLANDS
  2. P79: LIPIS
  3. P80: RAUB
  4. P081: JERANTUT
  5. P084: PAYA BESAR
  6. P085: PEKAN
  7. P86: MARAN
  8. P87: KUALA KRAU
  9. P88: TEMERLOH
  10. P089: BENTONG
  11. P90: BERA
  12. P091: ROMPIN

SELANGOR

  1. P92: SABAK BERNAM
  2. P94: HULU SELANGOR
  3. P95: TANJONG KARANG
  4. P96: KUALA SELANGOR

WILAYAH PERSEKUTUAN

  1. P119: TITIWANGSA
  2. P125: PUTRAJAYA
  3. P166: LABUAN

NEGERI SEMBILAN

  1. P126: JELEBU
  2. P127: JEMPOL
  3. P129: KUALA PILAH
  4. P131: REMBAU
  5. P132: PORT DICKSON
  6. P133: TAMPIN

MELAKA

  1. P134: MASJID TANAH
  2. P35: ALOR GAJAH
  3. P136: TANGGA BATU
  4. P137: HANG TUAH JAYA
  5. P139: JASIN

JOHOR

  1. P140: SEGAMAT
  2. P141: SEKIJANG
  3. P144: LEDANG
  4. P147: PARIT SULONG
  5. P148 AYER HITAM
  6. P149: SRI GADING
  7. P150: BATU PAHAT
  8. P151: SIMPANG RENGGAM
  9. P153: SEMBRONG
  10. P154: MERSING
  11. P155: TENGGARA
  12. P156: KOTA TINGGI
  13. P157: PENGERANG
  14. P164: PONTIAN
  15. P165: TANJUNG PIAI

SABAH

  1. P169 KOTA BELUD
  2. P173: PUTATAN
  3. 176: KIMANIS
  4. P177: BEAUFORT
  5. P179: RANAU
  6. P181: TENOM
  7. P182: PENSIANGAN
  8. P184: LIBARAN
  9. P187: KINABATANGAN
  10. P191: KALABAKAN

5 Kerusi GRS

  1. P167: KUDAT (GRS)
  2. 168: KOTA MARUDU (GRS)
  3. 175: PAPAR (GRS)
  4. P178: SIPITANG (GRS)
  5. P180: KENINGAU (GRS)

27 Kerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS)

  1. P192: MAS GADING
  2. P193: SANTUBONG
  3. P194: PETRA JAYA
  4. P197: KOTA SAMARAHAN
  5. P198: PUNCAK BORNEO
  6. P199: SERIAN
  7. P200: BATANG SADONG
  8. P201: BATANG LUPAR
  9. P202: SRI AMAN
  10. P203: LUBOK ANTU
  11. P204: BETONG
  12. P205: SARATOK
  13. P206: TANJONG MANIS
  14. P207: IGAN
  15. P208: SARIKEI
  16. P209: JULAU
  17. P210: KANOWIT
  18. P211: LANANG
  19. P213: MUKAH
  20. P214: SELANGAU
  21. P215: KAPIT
  22. P216: HULU RAJANG
  23. P217: BINTULU
  24. p218: SIBUTI
  25. P220: BARAM
  26. P221: LIMBANG
  27. P222: LAWAS
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,477FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat