Dekati Pengundi Muda, Skil Pecutan Akhir Calon BN Jerantut

- Advertisement -

JERANTUT – Menyantuni pengundi muda atau pengundi pertama kali merupakan strategi pecutan akhir yang dipraktiskan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jerantut, Datuk Mohd Zukarmi Abu Bakar.

Menjelang hari pengundian Sabtu ini, beliau memanfaatkan tempoh masa yang berbaki i
dengan mendekati seberapa ramai anak muda di Parlimen Jerantut untuk memberi sokongan padu kepada BN.

“Tempoh berkempen berbaki sedikit hari lagi jadi kita terus tingkatkan kaedah kita berkempen.

“Jika dulu kita pergi ke pusat daerah mengundi (PDM), sekarang kita luaskan lagi secara walkabout dan menyantuni golongan muda,” katanya ketika sidang media di Kampung Tebing Tinggi, malam tadi.

Zukarmi menyatakan, sebagai calon muka baru beliau dibantu rapat bekas ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang turut sama turun berkempen.

Tambah beliau, anak-anak muda di Jerantut terutamanya sangat berminat dengan aktiviti kesukanan.

“Saya ada melawat di beberapa lokasi, nampakny anak- anak muda sangat berminat dengan aktiviti kesukanan seperti e-sukan dan juga permainan karom.

“Berdasarkan kunjungan tersebut nampak respons yang baik daripada golongan muda untuk terus menyokong BN,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zukarmi memberitahu beliau akan menganjurkan konvoi jelajah anak muda yang dimuat naik di platform media sosial.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat