BN Tak Jual ‘Produk Mimpi’ – Ismail Sabri

- Advertisement -

BERA- Barisan Nasional (BN) tidak menjual ‘produk mimpi’ seperti yang ditawarkan pembangkang sebaliknya semua janji berpandukan fakta dan kemampuan kewangan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian mengulas Kabinet bayangan pembangkang yang tular di media sosial beberapa hari lalu yang disifatkan sebagai propaganda pembangkang menjual ‘produk mimpi’.

“Saya dah katakan semalam kaji selidik yang dibuat pembangkang hanyalah bersifat perang psikologi yang tak berdasarkan fakta sebenar. Ia direka seolah-olah mereka yakin boleh menang.

“Kabinet bayangan adalah perkara biasa yang ada pada pembangkang. Bezanya kita memberikan penjelasan kepada rakyat apa yang kita akan lakukan apabila kita menang dan ia berpandukan fakta sebenar dari segi bajet.

“Jadi kita (BN) menjual produk sebenar sedangkan mereka menjual ‘produk mimpi’,”kata Ismail Sabri ketika ditemui media ketika menghadiri pelancaran Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Laman Kerayong pada Khamis.

Perdana Menteri memberitahu, BN tidak berhasrat mengeluarkan Kabinet bayangan kerana tumpuan utama beliau ialah untuk memenangi pilihan raya.

“Kalau kita lihat perang psikologi ini memang dijalankan oleh pembangkang kerana mereka tak ada produk apa nak dijual.

“Jadi mereka gunakan perang psikologi kononnya mereka mempunyai nombor yang mencukupi.

“Malah Ilham Centre sendiri menafikan dapatan kaji selidik itu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat