Semarak Uniti Manifestasi Kejayaan Keluarga Malaysia – PM

- Advertisement -

BERA – Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia peringkat kebangsaan adalah manifestasi kejayaan aspirasi Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepanjang mengemudi kerajaan.

Menurut Perdana Menteri program Semarak Uniti di Bera hari ini yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang beliau perkenalkan sejak awal mengambil alih tampuk pentadbiran negara.

“Program ini saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Perpaduan ia terbukti selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang saya perkenalkan.

“Program yang menyatupadukan kaum dan agama pada hari ini, kita lihat semua ada Melayu, Cina, India dan juga Orang Asli hadir sama memeriahkan majlis,” katanya.

Jelas Ismail Sabri, kesatuan semua kaum ini telah menterjemahkan keseluruhan konsep Keluarga Malaysia yang sebenar yakni penyatuan antara kaum yang harmoni sesama kita.

Hadir sama, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamad Sadique.

Program berkenaan dihadiri lebih 1,000 pengunjung juga sarat dengan pelbagai aktiviti dan persembahan daripada artis tersohor tanah air yang hadir berkampung di Bera, Pahang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat