Kelantan Takkan Disisihkan, Maju Bersama Negeri Lain – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan pendirian bahawa kerajaan tidak akan sesekali menyisihkan Kelantan dalam usaha mencapai kemajuan bersama negeri-negeri lain.

Hari ini Perdana Menteri menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri itu, Datuk Nazran Muhammad.

“Perbincangan kami melibatkan pelbagai libat urus terutama berkenaan wang ihsan dan pembangunan negeri Kelantan.

“Seperti yang telah saya katakan, “no one will be left behind”.

” Negeri Kelantan tidak sama sekali akan disisihkan, malah menjadi fokus untuk maju bersama negeri-negeri lain. Seiring dengan misi untuk membawa seluruh Malaysia ke persada yang lebih tinggi,” kata Ismail Sabri dalam catatan Facebooknya pada malam ini.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat