Bukan setakat Larut, Pagoh dan Langkawi pun UMNO perlu ambil balik – Ku Li

- Advertisement -

CYBERJAYA: UMNO harus bertegas untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) serta tidak bertolak ansur dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

“Mana kerusi kita dulu kita kekal, tidak ada nak runding-runding lagi. Apa nak runding, kerusi kita.

UMNO hilang 15 kerusi – 10 di Semenanjung dan 5 di Sabah – akibat wakil rakyatnya menyeberang parti menyertai Bersatu, antaranya Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Seri Mustapa Mohamad (Jeli), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing) dan Datuk Wira Mas Ermayati Samsuddin (Masjid Tanah).

Tengku Razaleigh sekali lagi menegaskan UMNO harus merampas semula kerusi Pagoh dan Langkawi yang dimenangi oleh Bersatu dalam PRU14 yang lalu.

Pagoh ialah kerusi yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sementara Langkawi dimenangi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam PRU14.

“Itu bukan sesiapa punya. Kerusi itu bukan baru wujud… baru menjelma, tapi kesilapan kempen dulu kita kalah.

“Sekarang ini cubalah… kita nak semua kawasan itu dan kita yakin boleh menang dengan strategi yang betul.

“Kita tak pernah kalah, baik di Langkawi atau Pagoh,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat