Jangan Sampai Skim i-Sinar Jadi i-Die – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – KWSP tidak boleh terlalu bersyarat sebab kita tidak mahu skim “i-Sinar menjadi skim i-Die” bagi golongan yang tidak layak hanya sebab mereka tidak hilang kerja walaupun sudah amat terdesak setelah pendapatan mereka turun akibat Covid-19,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu turut mengingatkan supaya jangan sampai ramai yang sengaja berhenti kerja atau sengaja dibuang kerja sebab mereka mahu layak untuk memohon skim i-Sinar.

“KWSP perlu faham bahawa kita tidak boleh sasar kepada mereka yang hilang kerja sahaja (unemployed) tetapi golongan paling besar ialah mereka yang pendapatan bulanan mereka berkurang akibat gaji dipotong, service points atau komisyen berkurang serta jumlah hari bekerja atau OT dipotong (underemployed). Ramai tak boleh hidup dengan bergantung kepada gaji pokok sahaja.

“Dengan ini, saya minta KWSP memperluaskan skim i-Sinar kepada golongan yang pendapatannya telah turun mendadak akibat Covid-19 dengan membuka skim i-Sinar kepada sesiapa yang mengaku pendapatan bulanan mereka telah turun 20 peratus atau lebih akibat Covid-19.

“Pendapatan bulanan mereka turun tetapi komitmen dan tanggungan bulanan mereka tetap tinggi. Golongan underemployed ini perlu diambil kira juga. Jangan dicicirkan,” saran beliau.

Ahli Parlimen Pekan itu bagaimanapun tetap menghargai inisiatif KWSP kerana mewujudkan skim i-Sinar yang membenarkan pencarum mengeluarkan duit dari akaun 1 mereka.

Namun, syarat kelayakan untuk skim ini hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau sudah tiada sumber pendapatan.

“Sebab itu KWSP menganggarkan hanya 2 juta ahli sahaja akan menerima manfaat dari skim i-Sinar dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM14 bilion.
“Ini berbeza dengan anggaran saya di mana 4.7 juta ahli akan mengeluarkan jumlah sehingga maksima RM47 bilion. (Namun bukan semua ahli akan mengeluarkan RM10,000),” ujar Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat