Apa Untung UMNO Bersama Bersatu & PAS? – Ku Li

Najib Seru Rakyat Bersabar, Beri Ruang KWSP Umum Perincian Proses Pengeluaran

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini meminta rakyat terutama pencarum Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) bersabar dan...

Belanjawan 2021 Lepasi Halangan Terbesar – Tok Mat

CYBERJAYA - Belanjawan 2021 telah melepasi halangan terbesar apabila diluluskan sebaik selesai sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk...

Pemimpin DAP Sindir MP PH Tak Berdiri Bantah Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR – Dalam nada menyindir dan penuh maksud tersirat, pemimpin DAP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Kim...

Pasaran Saham, Nilai Ringgit Beri Reaksi Positif Selepas Belanjawan 2021 Diluluskan

KUALA LUMPUR - Pasaran saham tempatan dan ringgit meraih suntikan daripada kelulusan Belanjawan 2021 di Parlimen apabila mencatat prestasi positif ketika mengakhiri dagangan. Bursa Malaysia...

Covid-19: PKPB Daerah Kuching Ditamatkan Esok

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching yang dikuatkuasakan sejak 9 November lalu, ditamatkan esok. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada...

CYBERJAYA: Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat parti terbesar orang Melayu itu harus menimbang semula hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Tengku Razaleigh atau Ku Li berkata, hubungan antara ketiga-tiga parti itu harus dikaji memandangkan mereka kini mula bertelagah antara satu sama lain, lebih-lebih lagi melibatkan pembahagian kerusi, yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Apa untung kita (UMNO) dengan parti Bersatu? Apa untung kita berpakat dengan PAS? Matlamat mereka seakan sama, akhirnya kita bergaduh pula.

“Konflik yang bakal berlaku tak baik untuk rakyat dan negara. Baiklah kita fikir masak masak.

“Saya rasa elok kita kaji semula,” katanya dalam program Insight Talk bersama portal The Malaysian Insight.

Ahli Parlimen Gua Musang itu turut menyifatkan pemimpin Bersatu sebagai pengkhianat yang pernah buat salah kepada UMNO, dan kesalahan itu tidak dimaafkan.

“Ramai yang memihak kepada Muhyiddin adalah mereka yang terdiri daripada pengkhianat… orang yang lari daripada kita, yang ada kes, yang kita rasa tak boleh dimaaf. Mereka berada bersama Muhyiddin.

“Kita rasa tak sepatutnya kita berada dalam perkongsian ini, walaupun untuk berkuasa di negara.

“Kita rasa tak patut langsung bagi sokongan… tapi apakan daya, kita nak tengok keadaan baik, apatah lagi kita dilanda Covid-19. Itulah yang diputuskan oleh kita,” katanya, merujuk perkongsian kuasa yang dibentuk sejak Mac lalu.

UMNO dan komponen Barisan Nasional menyokong Muhyiddin untuk jadi perdana menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disertai PAS serta disokong parti dari Sabah dan Sarawak.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan

Najib Seru Rakyat Bersabar, Beri Ruang KWSP Umum Perincian Proses Pengeluaran

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini meminta rakyat terutama pencarum Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) bersabar dan...

Pemimpin DAP Sindir MP PH Tak Berdiri Bantah Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR – Dalam nada menyindir dan penuh maksud tersirat, pemimpin DAP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Kim...

Mahathir Dakwa Belanjawan 2021 Lulus Kerana Ada Sogokan Kepada MP

KUALA LUMPUR - Nilai demokrasi berperlembagaan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) yang menjadi teras kepada pembentukan kerajaan sudah tidak bermakna lagi apabila terdapat pihak...