Tiada Untung UMNO Berpakat Dengan Bersatu, PAS Syor Kaji Semula – Ku Li

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan tiada untung UMNO berpakat dengan Bersatu dan PAS dalam pilihan raya akan datang sekali gus menggesa kerjasama itu dikaji semula kerana dirasakan tidak akan membawa sebarang manfaat.

Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO dalam wawancara eksklusif bersama portal The Malaysian Insight berkata, kesepakatan antara parti-parti Melayu itu wajar dipertimbangkan semula bagi mengelak konflik di kemudian hari.

“Apa untung kita (UMNO) dengan parti Bersatu? Apa untung kita berpakat dengan PAS? Matlamat mereka seakan sama, akhirnya kita bergaduh pula.

“Konflik yang bakal berlaku tak baik untuk rakyat dan negara. Baiklah kita fikir masak-masak.

“Saya rasa elok kita kaji semula,” katanya.

Pemimpin veteran UMNO yang juga dikenali sebagai Ku Li berkata dari segi pengagihan kerusi, parti itu perlu bertegas untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam PRU14 tanpa bertolak ansur dengan Bersatu.

“Mana kerusi kita dulu kita kekal, tidak ada nak runding-runding lagi. Apa nak runding, kerusi kita,” katanya.

Razaleigh juga berkata UMNO perlu merampas semula kerusi parlimen Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Itu bukan sesiapa punya. Kerusi itu bukan baru wujud… baru menjelma, tapi kesilapan kempen dulu kita kalah.

“Sekarang ini cubalah… kita nak semua kawasan itu dan kita yakin boleh menang dengan strategi yang betul.

“Kita tak pernah kalah, baik di Langkawi atau Pagoh,” katanya.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Gua Musang turut menyifatkan pemimpin yang memihak kepada Presiden Bersatu itu sebagai pengkhianat yang tidak boleh dimaafkan kesalahannya.

“Ramai yang memihak kepada Muhyiddin adalah mereka yang terdiri daripada pengkhianat… orang yang lari daripada kita, yang ada kes, yang kita rasa tak boleh dimaaf. Mereka berada bersama Muhyiddin.

“Kita rasa tak sepatutnya kita berada dalam perkongsian ini, walaupun untuk berkuasa di negara.

“Kita rasa tak patut langsung bagi sokongan… tapi apakan daya, kita nak tengok keadaan baik, apatah lagi kita (negara) dilanda Covid-19. Itulah yang diputuskan oleh kita,” katanya, merujuk kepada pembentukan Perikatan Nasional (PN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat