Bekas VC USM cedera dalam kejadian samun

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dalam satu kejadian samun berhampiran kediamannya di Taman Pekaka, Sungai Dua di George Town Pulau Pinang

Menurut hantaran di Facebook rasmi Universiti Utara Malaysia (UUM), Dzulkifli, yang juga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disamun ketika pulang dari menunaikan solat Subuh di kawasan perumahannya.

Mangsa dikatakan dihentak dengan objek dipercayai pistol, menyebabkan beliau mengalami kecederaan dan menerima 15 jahitan di kepala.

Sementara itu, menerusi ruangan komen hantaran tersebut, UUM turut berkongsi kenyataan rasmi daripada keluarga Dzulkifli yang mengesahkan beliau berada dalam keadaan stabil dan selamat.

“Alhamdulillah, beliau telah menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh di Hospital Besar dan telah disahkan sihat oleh doktor. Laporan polis juga telah dibuat berhubung kes ini.

“Untuk makluman, dua orang anak beliau kini tinggal bersama di Pulau Pinang. Jadi, mereka tidak tinggal berdua sahaja. Insya-Allah, jangan bimbang. Kami akan memaklumkan perkembangan selanjutnya selepas siasatan polis selesai, bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

“Terima kasih atas keprihatinan, pemahaman dan kesabaran anda. Salam daripada kami semua,” menurut kenyataan itu lapor Sinar Harian di George Town pada Jumaat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat