Hajiji hargai perjuangan Sabah Law Society tuntut hak Sabah di Mahkamah

KOTA KINABALU,- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang berpihak kepada Sabah Law Society (SLS) dalam kes tuntutan hak geran khas 40 peratus hasil persekutuan sebagai satu kemenangan bermakna untuk seluruh rakyat Sabah.

Katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan keputusan itu yang menegaskan hak Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 112C dan 112D, serta mengarahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan semakan semula terhadap geran khas bagi tahun-tahun yang tertunggak dalam tempoh 90 hari.

“Ini adalah hari yang amat bermakna buat rakyat Sabah. Terima kasih kepada Sabah Law Society atas usaha gigih mereka membawa isu ini ke mahkamah demi kepentingan negeri dan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan negeri konsisten memperjuangkan isu tersebut dalam setiap Mesyuarat Majlis Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, dengan semangat mempertahankan hak dan maruah negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi itu membuktikan perjuangan bersama antara kerajaan negeri dan masyarakat sivil mampu menghasilkan keputusan yang bermakna serta mengembalikan keyakinan terhadap keadilan perlembagaan.

“Kerajaan Negeri akan terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan dalam semangat kerjasama dan saling menghormati agar hak perlembagaan Sabah dapat direalisasikan sepenuhnya,” katanya.

Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh SLS, sekali gus mengarahkan Kerajaan Persekutuan mengkaji semula pembayaran geran khas 40 peratus hasil persekutuan kepada Sabah yang tidak disemak sejak 1974.

Keputusan itu disifatkan sebagai kemenangan besar dalam perjuangan menuntut hak kewangan negeri seperti yang dijamin dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat