Kita mahu mahakaya macam Syed Mokhtar bukan Jana Wibawa – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak wajar mempolitikkan teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan golongan mahakaya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menempelak bahawa Perikatan Nasional (PN) sebenarnya faham maksud golongan mahakaya.

“Sebenarnya PN faham apa maksud PMX bila menegur golongan “mahakaya”. Tak perlulah dipolitikkan isu tersebut.

“Hamzah sendiri akui, “PN tidak berkompromi dengan pihak yang dapat kekayaan hasil dari kegiatan ekonomi gelap dan tidak bermoral”.

“Itulah maksud Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Termasuk jadi kaya kerana melanggar tata kelola kewangan macam isu Jana Wibawa,” bidas beliau.

Tegas Puad, “kita mahu “mahakaya” yang boleh berunding macam Syed Mokhtar”.

“Dia menyumbang RM10 juta untuk pesawah padi miskin setelah Perdana Menteri minta dia mengurangkan monopoli beras negara.

“Kita tidak mahu “mahakaya” yang cuba mencatur politik negara dan menaja kerajaan tebuk atap. Hamzah pula terasa pedas cilinya,” tempelak beliau.

Terdahulu,Ketua Pembangkang, Hamzah menempelak Perdana Menteri yang menuding golongan mahakaya ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada Jumaat lalu.

“PN bimbang dengan intonasi dan naratif Anwar dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang memberikan gambaran negatif kepada golongan kaya.

“Saya hairan sudah acap kali Anwar melabelkan mereka sebagai golongan mahakaya yang seolah-olah melakukan banyak kesalahan.

“Apa salahnya kerajaan merangkul dan menggarap penyertaan semua pihak, termasuk golongan ahli perniagaan yang berjaya dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, terutamanya dalam usaha menarik pelaburan luar dan mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat,” kata Hamzah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat