Cuma perang psikologi konon ramai MP PN ikut jejak Kuala Kangsar sokong Anwar – Mohd Amar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- PAS menyifatkan khabar angin mengatakan lebih ramai ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan mengikut jejak Kuala Kangsar menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mengarut dan lebih bersifat perang psikologi.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, tindakan itu seolah-olah memberi gambaran pihak lawan sudah mula merasakan kedudukan mereka tergugat dalam perkembangan politik semasa.

“Berita itu (khabar angin lebih ramai ahli parlimen ikut jejak Kuala Kangsar) mengarut. Kalau parti lain saya tak tahu tetapi saya rasa setakat ini, dalam kalangan wakil rakyat PN tidak akan pergi. PAS lagilah… tak pergi.

“Isu ini lebih kepada perang psikologi. Musuh apabila rasa tergugat maka mereka sebarlah berita konon-kononnya kita nak lari,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa program ziarah rutin di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, lapor Utusan di Kelantan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu memberitahu, beliau melihat pada satu sudut, isu tersebut mungkin menguntungkan Pakatan Harapan (PH) tetapi jika dikaji secara mendalam, ia mungkin lebih menguntungkan PN.

Katanya, beliau tidak pasti sama ada tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid melanggar Akta Anti Lompat Parti atau tidak kerana ia perlu ditafsir dan diputuskan pada peringkat Parlimen.

“Ikut teori saya, katalah Speaker Dewan Rakyat (Tan Sri Johari Abdul) buat keputusan jawatan Kuala Kangsar tidak gugur kerana hanya beri sokongan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tetapi tidak keluar parti.

“Maknanya orang-orang (wakil rakyat) Barisan Nasional (BN) juga boleh beri sokongan kepada PN dengan tidak keluar parti. Jadi kita tengoklah apa akan berlaku nanti,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat