Selena Gomez tak bermusuh dengan Hailey Bieber

- Advertisement -

Los Angeles: Selena Gomez, 30, dan model Hailey Bieber, 23, membuktikan mereka tidak bermusuh selepas bergambar mesra di sebuah acara di Academy Museum of Motion Pictures, di sini, semalam.

Ia selepas dua minggu lalu Hailey tampil menjelaskan bahawa dia tidak pernah merampas Justin Bieber yang juga bekas kekasih Gomez sewaktu mereka remaja dulu.

Bahkan, kemesraan kedua mereka mendapat pujian ramai. Sebenarnya, tiada istilah mereka sudah berdamai kerana hakikatnya permusuhan yang disangkakan wujud antara mereka tidak benar sama sekali.

Malah, dalam foto terbabit, kelihatan Gomez dan Hailey tidak kekok bergambar serta melagakan pipi masing-masing. Mereka dikhabarkan turut rancak bersembang di acara itu.

Ia sekali gus menepis segala dakwaan mereka tidak berbaik gara-gara pernah berebut Bieber.

Bagaimanapun, Bieber tidak hadir sama pada acara itu namun dikhabarkan sangat gembira dengan pertemuan Gomez dan Hailey.

“Dia sangat gembira dan mereka semua sudah lupakan masa lalu. Segalanya aman antara semua pihak,” kata sumber.

Terdahulu, Hailey mendedahkan bahawa dia cuma menjalin cinta dengan Bieber pada awal 2018 selepas perpisahannya dengan Gomez dan Bieber bukanlah curang.

Percintaan Bieber dan Gomez yang bermula sekitar 2010 menjadi ikutan jutaan peminat seluruh dunia sebelum ini.

Bagaimanapun, mereka beberapa kali berpisah sebelum tamatkan hubungan sepenuhnya pada 2018.

Bieber kemudian berkahwin dengan Hailey pada tahun yang sama.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat