Dakwaan Azmin tak berasas, kata MB Selangor

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan Datuk Seri Azmin Ali yang mengatakan ekonomi negeri itu dalam keadaan merosot.

Menurut Amirudin, Selangor di bawah pentadbirannya menjadi sebuah negeri yang lebih baik selepas Azmin tidak lagi menjadi menteri besar pada 2018.

Malah, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR itu turut menunjukkan bukti daripada Jabatan Perangkaan yang menunjukkan sumbangan Selangor bagi keluaran dalam negara kasar (KDNKK) negara meningkat dari 23.7 peratus pada 2018 kepada 24.8 peratus pada 2021.

Selain pertumbuhan ekonomi, Amirudin berkata program kebajikan untuk orang ramai juga bertambah.

“Selangor makmur bukan hasil kejayaan seorang individu sahaja tapi usaha berpasukan,” ciapnya dengan tanda pagar #janganperasan” dan #jangansyoksendiri” di Twitternya hari ini.

Dalam ciapan lain, Amirudin berkata dakwaan Azmin itu juga tidak berasas.

Semalam Azmin mendakwa, prestasi negeri Selangor makin merosot selepas beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar negeri tersebut.

Justeru, beliau berkata, menjadi tanggungjawabnya kini untuk memastikan negeri Selangor kekal cemerlang agar rakyat negeri itu terus mendapat manfaat.

Amirudin dipercayai dipilih sendiri oleh Azmin untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor apabila dia menjadi menteri persekutuan selepas PRU-14.

Amirudin merupakan sekutu rapat Azmin sebelum 2020, tetapi tidak mengikut jejaknya bersama ahli parlimen PKR lain berpaling tadah semasa Langkah Sheraton pada 2020.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat