Zee Avi reda alami masalah pendengaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Kantoi, Zee Avi reda diuji masalah pendengaran pada usia muda.

Zee, 36, mengaku hilang 40 peratus deria pendengaran hingga memerlukan dia memakai alat bantuan di kedua-dua telinga selama 13 jam sehari.

Zee mula mengalami masalah pendengaran sejak beberapa tahun lalu dan memakai alat bantuan sejak setahun lalu.

“Semuanya bermula ketika makan malam bersama keluarga. Walaupun duduk bersebelahan dengan mereka, saya tidak dengar apa yang diborak.

“Bertitik tolak dari itu, keluarga sarankan saya periksa telinga. Sebenarnya, sebelum itu, saya hadapi kesukaran mendengar perbualan rakan-rakan di studio.

 

Pendengaran Zee mula pulih selepas menggunakan alat bantuan sejak setahun lalu. Foto IG Zee Avi
Pendengaran Zee mula pulih selepas menggunakan alat bantuan sejak setahun lalu. Foto IG Zee Avi

 

“Apabila mereka ketawa, saya tidak beri respons kerana tidak dengar apa yang mereka bual,” kata Zee atau nama sebenar, Izyan Alirahman.

Bukan itu sahaja, kongsi Zee, dia sukar menjawab panggilan telefon kerana tidak dengar suara pemanggil di corong telefon.

Malah, pembesar suara bluetooth terpaksa dikuatkan serta diletak di berdekatan cuping telinga.

Akui Zee, gangguan pendengaran itu menjejaskan aktiviti seninya kerana dia perlu menggunakan pancaindera itu untuk mendengar bunyi lagu.

“Seksa apabila alami masalah pendengaran. Lebih-lebih lagi rakan saya banyak yang bercakap lemah lembut.

“Kasihan mereka terpaksa bercakap terjerit-jerit. Dari situ, saya nekad lakukan sesuatu.

“Selain itu, masalah pendengaran menyukarkan setiap kali ada pertemuan dengan golongan menteri atau kenamaan.

“Takkanlah saya hendak suruh mereka bercakap terjerit-jerit. Saya juga letih menerangkan keadaan diri ini.

“Atas saranan keluarga dan sokongan suami, saya guna alat bantuan pendengaran sejak setahun lalu.

“Alhamdulillah, pendengaran saya semakin baik dan atas kecanggihan teknologi, alat berkenaan tidak begitu kelihatan apabila dipakai,” katanya pada majlis Exclusive Screening Hour With The Stars yang dibawa Global Hearing Care Malaysia.

Menyalahkan dirinya kerana tidak menjaga kesihatan pendengaran, ujar Zee, dia perlu memakai alat bantuan itu sepanjang masa dan hanya mencabutnya ketika tidur.

Mengenai karier seni, Zee mengaku selesa berada di Malaysia selepas lebih 11 tahun merantau ke Amerika Syarikat (AS) untuk mengembangkan kerjaya muziknya.

“Saya rasa cukuplah pengalaman yang diraih lebih 11 tahun di sana. Saya sedang merancang pulang ke Miri, Sarawak untuk mencari ilham album baharu,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat