Doa saya termakbul – Mas Idayu

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Selama 17 tahun saya hidup sendiri dan kini, Allah kabulkan doa saya,”.

Demikian kata penyanyi dangdut, Mas Idayu, 50, ketika ditemubual selepas majlis akad nikah dan sah bergelar isteri kepada pasangannya yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51.

Mas berkata, dia mula rasakan perasaan sunyi sejak dua tahun kebelakangan ini.

“Selepas 17 tahun hidup sendiri, saya tak percaya dengan mana-mana lelaki. Dua tahun lepas, saya berdoa setiap malam, saya ada rasa sunyi dan rasa nak ada teman hidup. Alhamdulillah, Allah kabulkan.

“Ramai yang cuba mendekati saya, tapi saya tak tahu mana satu jodoh saya. Selepas itu, muncul pula orang yang saya suka. Jadi, inilah dia. Alhamdulillah, itu yang buat saya tersentuh,” katanya.

Menurutnya, dia kini punya tempat untuk berkongsi rasa serta luahan rasa apabila sudah bergelar isteri kepada Sufian.

“Sekarang, saya dah ada teman untuk mengadu serta luahkan apa sahaja yang saya rasa, baik hal peribadi, mahupun kerja. Ada orang untuk saya berkongsi cerita,” katanya.

Sementara itu, Sufian pula bersyukur dengan kelancaran majlis yang berlangsung pagi tadi.

“Alhamdulillah, apa yang kami rancangkan selama ini, dapat kami laksanakan. Insya-Allah, saya dan Mummy (Mas) sangat teruja pada hari ini. Apa pun, kami mengharapkan kebahagiaan kami dan keluarga sampai ke akhir hayat,” katanya.

Kedua-dua mempelai dinikahkan oleh Imam dan penolong pendaftar nikah masjid jamek Kg Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001 di Magica Events Hall, Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.40 pagi ini.

Terdahulu, Mas Idayu juga penyanyi lagu Robek Hatiku pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat