(Kemaskini) Wartawan Terkenal TV3 Terbabit Kemalangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Wartawan popular TV3 Ahmad Fedtri Yahya terlibat dalam kemalangan dipercayai berlaku malam tadi.

Perkara tersebut disampaikan oleh isterinya melalui akaun Twitter Ahmad Fedtri awal pagi tadi.

“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi. Banyak kecederaan di muka – semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya. 🤲”.

Melalui ciapan yang sama, beliau turut berkongsi gambar yang menunjukkan keadaan wartawan berkenaan semasa dirawat di hospital.

Berita lanjut menyusul.

(Kemaskini) – Menurut sumber dari Mstar, Ahmad Fedtri mengalami kemalangan melibatkan basikal di ruang tempat letak kereta Sri Pentas malam tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat