PM Lancar Skim Subsidi Baja Dan Racun Padi Bukit

- Advertisement -

BEAUFORT: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah melancarkan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma kepada petani, penternak dan nelayan di Sabah.

Skim-skim yang merangkumi Elaun Sara Hidup Nelayan, Insentif Skim Rezeki Ternak, Geran Agropreneur Muda, Insentif Projek Pembangunan Industri Kopi dan sumbangan Wakalah Zakat Perniagaan Nafas bagi menghargai pengorbanan mereka kepada negara dalam memastikan rakyat Malaysia mendapat bekalan makanan yang cukup.

“Mereka adalah hero yang tidak didendang, kerana merupakan petugas barisan hadapan dalam usaha meneruskan aktiviti penanaman, penternakan dan perikanan ketika negara dilanda COVID-19.

“Terima kasih dan syabas saya ucapkan, pengorbanan anda besar nilainya kepada negara bagi memastikan kita sentiasa mendapat bekalan makanan yang cukup, anda menjadi perhatian utama saya,” kata beliau pada Majlis Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma, di sini, hari ini.

Beliau juga menjelaskan, Elaun Sara Hidup Nelayan dengan peruntukan sebanyak RM21.1 juta akan meningkatkan jumlah elaun dari RM250 kepada RM300 sebulan yang akan memanfaatkan 7,581 nelayan.

“Semasa PH mentadbir negara, Parti Warisan Sabah (WARISAN) sebahagian daripada PH dan Elaun Sara Hidup nelayan sebanyak RM300 dipotong menjadi RM250.

“Hari ini, saya umumkan, kita kembalikan semula bayaran tunai RM300 setiap bulan, supaya dapat meringankan beban yang ditanggung sektor perikanan,” kata beliau.

Bagi memastikan keselamatan makanan sentiasa terjamin dalam menghadapi apa jua krisis  akan menjadi keutamaan beliau supaya tidak ada rakyat Malaysia yang ditinggalkan.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat