Bekas Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Didakwa Terima Rasuah

Tahniah DS Bung, Timbalan Ketua Menteri Sabah 1

KATA orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah individu bernama Bung Moktar Radin ini. Pengalaman mengikut beliau berkempen selama dua minggu sepanjang proses Pilihanraya Negeri...

Covid-19 Di India Sudah 6 Juta Kes

JUMLAH rakyat India yang dijangkiti dengan Covid-19, sudah melepasi 6 juta orang, kedua di belakang Amerika syarikat Dijangka menjelang hujung minggu ini, India akan mengatasi...

Bung Moktar Dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah (1)

KOTA KINABALU: Pengerusi Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah, YB Datuk Sri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah 1. Majlis mengangkat...

Peruntukkan RM6.37 Juta Untuk Program Rumah Rakyat Pahang

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM6.37 juta untuk membina 98 Rumah Rakyat Pahang (RRP) sebagai salah satu kaedah supaya anak negeri Pahang berupaya memiliki...

Sejuta Orang Sudah Mati Akibat Covid-19, Dan Ini Kisahnya

SEORANG doktor China yang cuba memberi amaran. Seorang bapa kepada enam anak yang berhijrah dari Pakistan ke Amerika Syarikat untuk memberikan kehidupan yang lebih...

SHAH ALAM – Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan seni dan budaya yang sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas 18 pertuduhan berhubung rasuah didakwa lagi melibatkan enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM106,500.

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hashim, 29, mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mengikut tiga pertuduhan, Mohd Saifullah didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM90,000 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng melalui Roslan Lahada.

Wang tersebut sebagai upah untuknya yang berjanji mendapatkan tender Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif untuk Kempen Pengiklanan Tourism Malaysia serta Perkhidmatan Pembelian Ruang Iklan bagi Pasaran Negara-Negara Asia Utara dan Asia Timur Tourism Malaysia untuk Inter Bev Network.

Bagi tuduhan keempat hingga keenam, Mohd Saifullah didakwa menerima dan meminta suapan bernilai RM16,500 daripada Ronald Seto, juga melalui Roslan, iaitu pembayaran deposit dan sewaan seunit rumah di Vipod Residences, No. 6, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis di Temasya Anggun, Glenmarie di sini; Kota Damansara, Petaling Jaya; Dengkil, Sepang dan di Bandar Puteri, Puchong antara 21 Dis 2018 hingga 30 Mac 2019.

Kesemua pertuduhan dibuat menurut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Mohamed Tahir manakala tertuduh diwakili peguam Md Yunos Shariff.

Muhammad Asyraf kemudian memohon kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibacakan dan dibicarakan bersama 18 lagi pertuduhan yang dihadapi tertuduh pada 23 Sept ini.

Pihak pendakwaan turut menawarkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain dikehendaki melaporkan diri di pejabat SPRM setiap awal bulan.

Hakim membenarkan kedua-dua permohonan itu.

Pada 19 Ogos lepas, Mohd Saifullah didakwa atas 18 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada pemilik sebuah syarikat bagi mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah kementerian berkenaan. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...