Syed Saddiq Akan Daftar MUDA Hari Ini

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dilaporkan akan mendaftar parti politik baharu menggunakan nama Muda ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, hari ini.

Bekas menteri belia dan sukan mendedahkan perkara itu ketika ditemubual oleh stesen radio berbahasa Inggeris, BFM, pagi tadi.

Syed Saddiq sebelum ini membayangkan bahawa akan menggerakkan satu gerakan politik yang dibarisi golongan belia berbagai kaum pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim bulan lalu.

Semalam, di laman sosial Twitter, Syed Saddiq membuat ciapan sempena Hari Malaysia.

Pada ciapan itu, Syed Saddiq turut menggunakan tanda pagar #MUDAsudahMULA yang diyakini sebagai petunjuk bahawa gerakan politik diasaskannya akan direalisasikan.

Penggunaan tanda pagar #MUDAsudahMULA juga turut digunapakai secara meluas di laman sosial Twitter sejak semalam.

Difahamkan, antara intipati adalah untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika gerakan politik itu diluluskan.

Kredit foto: The Star

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat