Lantikan politik GLC, GLIC didesak lepaskan jawatan – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Individu lantikan politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menerajui Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) didesak melepaskan jawatan,” kata Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tindakan ini susulan peletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sekali gus kerajaan PN juga telah runtuh semalam.

“Dengan peletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, lantikan politik yang menerajui GLC dan GLIC mesti turut meletakkan jawatan.

“Ia adalah hal yang betul dan bermaruah untuk dilakukan,” gesa beliau yang juga Ketua Setiausaha Pengelola PKR.

Nik Nazmi menegaskan dengan peletakkan jawatan Perdana Menteri, tiada sebab untuk mereka terus menyandang jawatan tersebut.

“Kebanyakan entiti GLC dan GLIC dijalankan dan diselia secara professional, peletakkan jawatan mereka tidak akan terlalu memberi kesan.

“Kerajaan baharu yang bakal terbentuk nanti wajib melantik mereka yang professional dan benar-benar layak untuk mengisi jawatan-jawatan ini, bukan perkiraan politik semata-mata,” ujar Nik Nazmi.

Sejumlah Ahli Parlimen PN dilantik dalam GLC, agensi kerajaan dan jawatan diplomatik yang baru dibuat dalam dua bulan pertama Muhyiddin mengambil alih tahun lalu.

Sebilangan besar jawatan ini diisi oleh teknokrat sebelum ini.

Sebilangan kecil pelantikan politik dari UMNO telah melepaskan jawatan mereka baru-baru ini selepas parti mereka menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat