Warisan Tidak Senang Kehadiran Saya – Jamawi

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabon, Jamawi Jaafar berkata meletakkan harapan yang tinggi sebelum menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau ketika ditemui SuaraTV berkata sepanjang berada di dalam Warisan pihaknya telah menghantar hampir enam ribu permohonan namun sehingga kini tiada sebarang tindakan yang dilakukan.

“Saya mempunyai harapan yang tinggi sebenarnya apabila meninggalkan rumah lama (UMNO) untuk menyewa rumah yang lain, dengan harapan pemilik rumah baharu (Warisan) dapat memberikan ‘layanan’ yang baik seperti memberikan tempat tidur, boleh memasak sendiri, mandi dan sebagainya.

“Tetapi agak malang sepanjang 26 bulan saya telah berjaya membuka 65 cawangan dengan kekuatan ahli sebanyak lebih 6 ribu yang saya sampai sendiri kepada Presiden parti (Shafie) tetapi hingga ke hari ini permohonan tersebut tidak diproses,” katanya.

Ekoran desakan ahli dia kemudiannya mengambil keputusan untuk keluar dari Warisan sambil menyifatkan kehadirannya tidak diterima oleh parti itu.

“Sehingga menimbulkan persoalan di kalangan rakyat dan ahli-ahli saya. Ketika perhimpunan agung yang diadakan sebanyak 2 kali, mereka membangkitkan mengenai perkara tersebut dan saya sukar untuk menjawab.

“Jadi saya merasakan kehadiran saya di rumah baharu ini tidak dialu-alukan, dan selama ini kami langsung tidak diberikan kad keahlian mahupun no keahlian begitu juga dengan para pemimpin yang lain.

Bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO itu turut mendakwa sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) beliau hanya memberi tumpuan terhadap pengundi di kawasannya.

“Sepanjang 26 bulan (selepas melompat) saya langsung tidak berpolitik tugas saya (sebagai wakil rakyat) hanya masuk kampung keluar kampung untuk menyampaikan khidmat kepada rakyat.

“Walau Ketua Menteri memahami kawasan kami ini terpinggir dan perlukan peruntukan tambahan, namun ada beberapa polisi hanya boleh diselesaikan oleh kerajaan persekutuan antaranya rumah PPRT, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik.

“Atas sebab itu kerajaan negeri perlu mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan persekutuan,” katanya lagi.

Untuk rekod Jamawi adalah antara ADUN yang beralih sokong daripada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Afdal kepada Tan Sri Musa Aman. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat