Parlimen: Usahawan PKS, Mikro Akan Terus Diberi Perhatian Pascapandemik – MEDAC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan terus memberi perhatian kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mikro serta koperasi pascapandemik COVID-19.

Timbalan Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pihaknya menyasarkan langkah bantuan kepada PKS bukan hanya semasa COVID-19 malah sebelum dan selepas pandemik.

“Tetapi penekanan yang paling penting adalah selepasnya (pandemik) sebab kesan ketara kepada usahawan dan koperasi adalah selepas COVID-19.

“Oleh itu, MEDAC telah mengaturkan banyak program untuk pasca-COVID-19,” katanya semasa menjawab soalan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar), mengenai perancangan kementerian itu untuk membantu usaha PKS pascapandemik, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mas Ermieyati berkata kerajaan juga memberi fokus kepada usaha mengatur semula pinjaman selain sedia berbincang dan membantu usahawan dari segi pembiayaan dan jalinan kerjasama dengan pihak lain.

Beliau berkata MEDAC turut melihat keperluan pembiayaan alternatif selain pembiayaan sedia ada sekiranya perlu untuk usahawan PKS dan mikro yang terjejas akibat pandemik ini.

“Kerajaan akan melancarkan satu program dengan Axiata Digital dalam masa terdekat, bagi usahawan yang mempunyai masalah tidak dapat pembiayaan dengan bank.

“Melalui program ini, usahawan akan memperoleh pembiayaan dengan dokumen (sokongan) yang minimum dalam tempoh kelulusan yang cepat iaitu tiga minit dan dalam dua hari pembiayaan itu akan dimasukkan. Nilai pembiayaan adalah di antara RM1,000 dengan RM10,000,” katanya.

Melalui agensi di bawah MEDAC seperti Tekun Nasional, SME Bank, SME Corp dan Bank Rakyat, kementerian itu telah menyediakan pelbagai pembiayaan dan telah dimanfaatkan oleh 485,000 usahawan kecil dan sederhanna, mikro dan koperasi dengan nilai pembiayaan setakat Julai 2020 berjumlah kira-kira RM47.4 bilion.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat