Azmin bakal dilantik Ketua Penerangan BERSATU?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbul cakap-cakap mengatakan bekas Timbalan Presiden PKr, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal dilantik Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas menyertai parti itu, minggu ini, lapor portal PNBBC.

Pengumuman pelantikan akan dibuat selepas pemilihan pimpinan tertinggi Bersatu yang dijadualkan berakhir pada Sabtu nanti.

Azmin, meninggalkan PKR bersama sembilan ahli parlimen dan mengisytiharkan sokongan kepada Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika krisis politik negara Februari lalu.

Sumber memberitahu portal tersebut, Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan kumpulan menyertai Bersatu secara rasmi berikutan permohonan parti itu menyertai Muafakat Nasional (BN) bersama UMNO dan PAS.

“Azmin akan dilantik Ketua Penerangan (Bersatu). (Ahli parlimen) lain, saya tidak pasti kerana pemilihan jawatan utama Bersatu sedang berlangsung dan ramai bertanding,” kata sumber tersebut.

Untuk rekod Ketua Penerangan Bersatu sekarang adalah Dr Mohd Radzi Jidin yang juga Menteri Kanan Pendidikan.

Beliau bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan Bersatu ketika ini.

Difahamkan, penyertaan Azmin dan kumpulannya dalam Bersatu bagi membolehkan rundingan dan persiapan MN sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah bersetuju untuk menyertai MN yang mendokong Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar atau the grand coalition.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat