Cadangan Tubuh RCI Siasat Tabung Haji Dibincang Minggu Ini – Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) dijangka dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, pada masa sama, susulan perbincangan khusus dengan Perdana Menteri pada 12 Ogos lepas, perbincangan dari masa ke masa juga akan diteruskan dengan laporan yang akan dikemukakan oleh Menteri Kewangan.

“Insya-ALLAH, dalam mesyuarat Kabinet…kita akan bincangkanlah. Kalau tidak ada aral, akan dibincangkan minggu ini berkenaan isu-isu terkait dengan TH,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan watikah pelantikan 11 Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di sini hari ini.

Menurutnya, perbincangan khusus itu bertujuan mendapatkan gambaran jelas mengenai TH sebelum cadangan dan kewajaran penubuhan RCI berhubung pelbagai isu dikaitkan dengan TH itu dibincangkan lebih lanjut.

“Apa yang penting, kita mahu memahami suasana dan hakikat sebenar TH yang sedang berlaku dan bagaimana cara terbaik untuk menanganinya.

“Semua orang mahu melihat TH ke hadapan dan kita sentiasa cuba meneliti dengan sebaik mungkin agar sebarang tindakan yang dibuat berasaskan kepada kenyataan, hujah dan bukti,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli berharap barisan ALPA Yadim yang baharu dilantik mampu menjana idea dan memberi nasihat dalam melaksanakan fungsi yang telah ditetapkan.

“Kepelbagaian latar belakang dan pengalaman seperti bidang agama, akademik, pengurusan dan gerakan dakwah sesuai dalam menggerakkan agendanya iaitu meletakkan Islam di negara ini di kedudukannya yang sebenar melalui medan dakwah yang penuh hikmah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat