Tok Mat Solat Jumaat Diluar Pagar Masjid

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan terpaksa mengerjakan solat Jumaat di luar pagar apabila pengurusan masjid mengambil keputusan menutup pagar kerana penuh.

Melalui sekeping gambar yang dimuatnaik di laman Facebook, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat dilihat duduk sambil mendengar khutbah di hadapan pintu pagar yang telah dikunci.

“Tudeh lambek laie (itulah lambat lagi), kek luar pagar pagar jawab ea,” tulis pengendali laman tersebut.

Jun lalu, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah memberi kebenaran untuk aktiviti solat berjemaah di negeri itu dengan syarat mematuhi garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan.

Manakala jumlah jemaah akan ditentukan mengikut kapasiti ruang solat yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Zaidi Ramli, berkata mereka yang ingin menghadiri solat berjemaah perlu memberikan maklumat diri bagi membolehkan tindakan dapat diambil sekiranya berlaku sesuatu kejadian membabitkan kes COVID-19.

“Maklumat itu penting untuk memudahkan tindakan diambil sekiranya, terdapat kes kecemasan berkaitan COVID-19 di tempat berkenaan dan ini akan memudahkan pihak pengurusan masjid serta surau untuk menghubungi individu berkaitan,” katanya dalam kenyataan di laman web rasmi JHEAINS, baru-baru ini.

Sementara itu, tinjauan SuaraTV mendapati rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan bekas menteri kerana akur dengan SOP yang telah ditetapkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat