Muhyiddin Nafi Tawar Shafie Jawatan TPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan beliau pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dalam satu kenyataan, Muhyiddin menegaskan beliau tidak pernah sekalipun menawarkan jawatan tersebut kepada Shafie pada Mac lalu selepas dilantik sebagai perdana menteri.

“Saya menyifatkan kenyataan Dato Seri Shafie Apdal dalam wawancara yang menyatakan: “Beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu” sebagai tidak benar.

“Kenyataan itu adalah andaian beliau semata-mata,” katanya.

Dalam satu wawancara bersama Malaysiakini baru-baru ini, Shafie mendakwa pernah dipelawa menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Menteri Sabah itu menjelaskan tawaran itu dibuat Muhyiddin dalam satu pertemuan pada Mac lalu dan menawarkan jawatan timbalan perdana menteri.

Warisan yang mempunyai sembilan ahli parlimen kini membentuk blok bebas bersama kumpulan yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, nama Shafie dicadangkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) Plus selepas usaha menamakan Dr Mahathir menemui jalan buntu.

Kredit foto: mStar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat