Wajah manis Syamel memikat Ernie

- Advertisement -

Bukit Jelutong: Penyanyi, Ernie Zakri memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan.

Pelontar lagu Ku Bersuara itu berkata, dia bakal menginjak usia 29 tahun pada tahun hadapan, justeru sudah tiba masanya untuk memikirkan soal rumah tangga.

Bagaimanapun, ketika ditanya desas-desus majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung pada Ogos ini,

Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri menyangkal dakwaan berkenaan.

Katanya, fokusnya untuk membahagiakan orang tuanya memandangkan kakaknya sudah berkahwin. Jadi, tanggungjawab menjaga ibu bapanya kini terpikul pada bahunya.

“Saya sentiasa berdoa ditemukan jodoh yang baik. Saya fikir masa paling sesuai untuk merancang soal jodoh, tahun depan. Tahun ini rasanya tak mungkin, seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak kekangan yang seni terpaksa dilalui.

“Saya percaya penggiat seni melalui pelbagai kesukaran yang sama, tahun ini. Jadi, untuk meletakkan bila saya akan mendirikan rumah tangga mungkin sukar kerana memerlukan perancangan rapi. Tetapi, insya-Allah, doakan saya bakal menamatkan zaman bujang, tahun depan.

“Bagaimanapun, ia hanyalah perancangan kerana saya hanya mahukan yang terbaik untuk keluarga,” katanya kepada BH Online.

Dijolok mengenai calon suami, Ernie yang ditemui pada majlis pelancaran penstriman Nurflix.TV di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, semalam, menegaskan dia masih memilih.

Namun, menjawab pertanyaan adakah penyanyi, Syamel adalah calon terdekat berikutan mereka cukup terbuka berkongsi video sambutan hari lahir Ernie yang cukup romantis, baru-baru ini, pelakon drama Suri Katriana itu memohon agar mendoakan hubungan mereka.

Ernie Zakri mohon mendoakan hubungannya dengan Syamel berjalan dengan baik dan dimakbulkan. - Foto IG Syamel
Ernie Zakri mohon mendoakan hubungannya dengan Syamel berjalan dengan baik dan dimakbulkan. – Foto IG Syamel

“Insya-Allah seperti yang anda dengar mengenai calon suami saya, doakanlah apa yang selalu orang dengarkan berjalan dengan baik dan dimakbulkan,” komennya ringkas.

Ditanya adakah Syamel memiliki ciri calon suami dicari, Ernie dalam nada berseloroh berkata, penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu mempunyai rupa yang manis.

“Saya tak tahu kerana belum tinggal sebumbung. Setakat apa yang diberi dan ditunjukkan, saya mencari lelaki yang menghormati keluarga. Ini kerana ibu bapa adalah keutamaan dalam hidup saya,” katanya.

Terdahulu, pasangan sama manis ini didakwa menjalinkan hubungan cinta selepas merakamkan lagu duet berjudul Aku Cinta. Lagu berkenaan merangkul trofi Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu Ke-32.

BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat