Covid-19 Bunuh Hampir 10,000 Manusia Dalam 24 Jam

- Advertisement -

GLOBAL – Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia sehingga kini mencatatkan sebanyak 588,149 kes kematian.

Statistik terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, angka kematian global meningkat kepada hampir 10,000 kes kematian dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan sebanyak 138,185 kes, manakala Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 76,688 dan 45,204 angka kematian.

Mexico, Itali dan Perancis pula merekodkan angka kematian 36,906, 35,017 dan 30,141 kes.

Sepanyol dan India masing-masing merekodkan 28,416 dan 24,915 kes. Negara-negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 14,000.

Angka ini meningkat hampir dua kali ganda berbanding dengan jumlah yang dicatatkan pada bulan Mei lepas iaitu 5,000 kes kematian dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan kes kematian pada akhir bulan Mei melepasi angka 314, 000 kes kematian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat