Lima kakitangan Kementerian Kewangan (MoF) Ditahan SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lima kakitangan Kementerian Kewangan (MoF) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi untuk siasatan kes menguruskan pendaftaran akaun ePerolehan kementerian berkenaan tanpa mengikut prosedur dan syarat ditetapkan.

Yang turut ditahan adalah tiga orang awam yang disyaki bersekongkol dalam aktiviti itu sejak 2017 dan mereka dikatakan sudah mengaut hasil ratusan ribu ringgit dari pelbagai syarikat, termasuk yang dipercayai bukan milik Bumiputera.

Difahamkan, lapan individu terbabit yang berusia 30 hingga 47 tahun menawarkan khidmat mempercepat dan memudahkan permohonan pendaftaran akaun ePerolehan bersama status Bumiputera untuk syarikat di sekitar Lembah Klang.

Sumber memberitahu, mereka yang ditahan di lokasi berasingan sekitar ibu negara dan Putrajaya mengenakan bayaran antara RM500 hingga RM3,500 bagi setiap permohonan untuk mempercepatkan proses pendaftaran ePerolehan.

Akaun ePerolehan adalah sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan secara dalam talian. Ia juga pilihan untuk pembekal mendaftar dan memperbaharui Sijil MoF.

Setiap syarikat yang mempunyai akaun ePerolehan akan menerima pengenalan diri (ID) dan layak membida untuk tender yang ditawarkan oleh kerajaan.

“Siasatan awal mendapati pendaftaran akaun ePerolehan bersama status Bumiputera diuruskan kumpulan ini diluluskan dalam tempoh 24 jam sahaja dan ia dikesan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan,” kata sumber berkenaan.

Sumber sama memaklumkan, penahanan lima kakitangan Unit Pendaftaran Syarikat MoF dan tiga orang awam itu adalah hasil operasi khas SPRM sejak enam bulan lalu.

Mereka dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan kumpulan berkenaan untuk siasatan mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat