Filem Mat Kilau Hargai Jasa Pejuang Lampau

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kebangkitan Pahlawan yang dibawa oleh Studio Kembara melalui filem Mat Kilau membawa penonton berfikir, menghargai jasa pejuang, cinta tanahair dan sanggup berjuang memajukan agama, bangsa dan negara.

Penerbit filem berkenaan Abdul Rahman Mt Dali berkata, pihaknya bertekad untuk mengeluarkan filem-filem berkualiti yang menghiburkan dan membawa mesej-mesej yang memberi manfaat kepada para penonton serta semua lapisan masyarakat.

“Dalam jangkamasa panjang, Studio Kembara bercita-cita untuk menjadi produser filem berwibawa yang boleh bersaing dengan pengeluar filem dari luar negara.

“Filem berjudul Mat Kilau, Kebangkitan Pahlawan inu diharap dan dijangka akan mendapat sambutan hangat serta menjadi penerobos psikologi yang mencetus keyakinan baru kepada pemain industri hiburan tempatan dan seterusnya melangkah lebih maju ke depan,” katanya ketika Tayangan Perdana Filem Mat Kilau malam tadi.

Menurutnya, Studio Kembara memilih untuk menghasilkan filem inspirasi dari kisah benar ini untuk menonjolkan ketokohan watak yang dicatatkan oleh sejarah.

“Terdapat banyak catatan sejarah kebijaksanaan dan keberanian beliau (Mat Kilau).

“Terdapat juga catatan catatan pihak British yang ditemui mengakui pengaruh besar beliau kepada masyarakat zaman itu dalam membangkitkan semangat mempertahankan maruah bangsa melayu dan kedaulatan bumi Pahang,” katanya.

Tambahnya lagi, Mat Kilau menampilkan contoh sifat kelakian yang sentiasa diperlukan pada setiap zaman.

“Mat Kilau seorang pemimpin yang kuat berpegang kepada agama, budaya Melayu, matang, berakhlak baik, cinta tanahair, berani dan sedia berkorban untuk mempertahankan watannya dari sebarang bentuk pencerobohan.

“Beliau juga diiktiraf sebagai tokoh negara,” katanya.

Filem Mat Kilau menelan belanja RM8 juta dan menjalani penggambaran selama 100 hari di Perak dan lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

Filem itu mengambil inspirasi daripada kisah perjuangan Mat Kilau dan diubah mengikut kesesuaian, bukan sepenuhnya kisah benar membabitkan pahlawan itu.

Aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau.

Filem itu disokong bintang hebat termasuk Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang) dan Johan As’ari (Yassin).

Turut dibintangi Datuk Jalaluddin Hassan yang memegang watak Haji Muhammad, Datuk Rahim Razali (Imam Bottoqh), Namron (Haji Sulong), Shaharuddin Thamby (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty (ibu Yassin)

Filem Mat Kilau juga menampilkan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Suara.tv

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat