UK: Saintis di UK telah menjumpai rawatan tersedia yang murah untuk pesakit Covid-19.
Mereka menganggap penggunaan ubat steroid Itu sebagai penemuan besar.
Ubat itu yang dikenali sebagai dexamethasone, mampu mengurangkan sepertiga kematian untuk pesakit yang menggunakan ventalitor dan seperlima untuk pesakit yang memerlukan oksigen.
Keputusan itu telah dikeluarkan dari fasa pemulihan yang mengukur beberapa kebarangkalian rawatan Covid-19.
Difikirkan ubat itu mampu menyelamatkan sehingga 4000 dan 5000 nyawa jika ia digunakan pada peringkat awal pandemik ini.
Martin Landray, professor dari Oxford, antara yang mengetuai penyelidikan itu berkata, ” Ini adalah keputusan yang ditunjukkan oleh pesakit Covid-19 yang sedang menggunakan ventilator atau bantuan oksigen dan diberikan dexamethasone. Ia akan menyelamatkan nyawa dan ia melakukannya pada kos yang sangat rendah”.
“Ia (ubat itu) telah ada sekitar 60 tahun”.
“Kos ubat itu sekitar £5 (RM 27)…untuk rawatan yang lengkap di NHS, ia mungkin lebih kurang dari $1 – di bahagian lain di dunia, contohnya India”.
Seorang ketua penyiasat bersama yang lain, Peter Horby berkata, dexamethasone, ubat generik yang digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk penyakit lain untuk mengurangkan keradangan – adalah “satu-satunya” ubat setakat ini yang menunjukkan kemampuan mengurangkan kematian – dan pada kadar yang sangat jelas”.
“Ia adalah penemuan besar”, katanya – sumber Skynews
– SuaraTV