Penyokong Mahathir Protes Parti, Tukar Warna Logo

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyokong  Bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad membuat bantahan dipercayai berhubung pemecatan keahlian Mahathir dari parti itu.

Sebagai tanda protes, sekumpulan individu yang juga dipercayai ahli Bersatu menukar warna merah pada logo parti itu kepada hitam.

Seorang ahli Bersatu ketika dihubungi SuaraTv mengesahkan berkenaan protes tersebut.

Tambahnya, tindakan menggunakan warna hitam tersebut juga sebagai lambang sokongan tidak berbelah bagi terhadap Mahathir.

Berikut merupakan petikan yang dikirim oleh ahli bersatu tersebut, yang dikongsikan dalam satu kumpulan Whatsapp.

“Dipersetujui oleh TDM(Tun Dr. Mahathir) sebentar tadi, sebagai tanda bantahan kita semua dan sokongan terhadap beliau(Mahathir), semua profile picture page fb(Facebook), instagram dan twitter anda semua diletakkan logo ‘BERSATU BLACKOUT’ ini sebagai tanda protes dari ahli-ahli yang kekal bersatu, berprinsip dan bermaruah sehingga parti dapat dipulihkan kembali ke landas asal perjuangannya.”

Namun, dalam masa sama terdapat kumpulan dipercayai penyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tampil membidas tindakan protes berkenaan.

Sumber SuaraTv turut berkongsikan hantaran yang dihantar oleh penyokong Muhyiddin dalam kumpulan Whatsapp yang sama.

“Logo adalah sesuatu yang telah di patenkan dan tindakan mengubah logo atau menggunakan logo milik parti apatah lagi mengubahnya adalah satu kesalahan yang jelas di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan boleh diambil tindakan.

“Sekarang ada usaha menghitamkan logo bersatu yang telah di daftarkan di ROS.

“Jadi melanggar dan mengunakan logo parti bagi sesetengah individu adalah satu kesalahan dibawah akta ROS di bawah seksyen 41 hingga 48 dan boleh diambil tindakan dan sekiranya didapati bersalah tidak boleh menyertai mana-mana pertubuhan selama 5 tahun.”

Hasil tinjauan SuaraTV juga mendapati terdapat pengguna laman Facebook yang menggunakan logo hitam tersebut.

Begitu juga di laman Twitter, didapati ramai ahli Bersatu mula menggunakan logo tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat