Wan Khair Amir pilihan Mira Filzah, suami

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh hari melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Mira Filzah dan suami mengumumkan nama putera kesayangan mereka iaitu Wan Khair Amir Wan Emir Astar, melalui perkongsian di Instagram (IG), malam tadi.

“Hari ini hari ketujuh bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran kami menamakan putera kami Wan Khair Amir Wan Emir Astar.

“Khair membawa makna baik dan elok yang juga diambil daripada nama arwah papa, Wan Mohammad Khair-il Anuar.

“Amir pula bermaksud orang yang memegang perintah dan pemimpin. Nama ini juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua iaitu Emir dan Amirah,” kata Mira melalui coretan di IG.

Menerusi hantaran berkenaan, Mira dan suami, Wan Emir Astar berkongsi akaun IG khas buat si comel.

Pasangan itu juga bersyukur ibadat tahnik dan bercukur untuk anak sulung mereka disempurnakan dengan baik.

“Alhamdulillah, ibadat tahnik dan bercukur selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz Don Daniyal kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.

 

Mira dan suami memilih Wan Khair Amir sebagai nama putera sulung mereka yang genap berusia tujuh hari. Foto IG Mira Filzah

 

“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami,” katanya.

Mira dan Wan Emir Astar turut memanjatkan doa yang terbaik buat Wan Khair Amir.

“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepadaMu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh serta menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air… Amin,” katanya.

Mira melahirkan anak sulungnya itu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu bersamaan Syawal ke-9.

Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat