Tiket Konsert Search Rocking On Roof Top laris

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Berbaki tidak sampai sebulan, kumpulan Search dianggotai Din (gitar), Kid (gitar), Yan (bass), Minn (dram) dan Denden (vokalis) yang akan beraksi dalam Konsert Search Rocking On Roof Top di Hotel Campbell pada 11 Jun ini yakin dapat menjual habis tiket yang dikeluarkan untuk peminat.

Menurut Din atau nama sebenarnya Noordin Mohd Taib jualan yang mula dibuat sejak 23 April lalu menyaksikan tiket berharga RM88 sudah habis terjual, manakala tiket berharga RM198 sudah 60 peratus terjual.

“Sementara itu tiket berharga RM298 juga mula bergerak sekitar 20 ke 30 peratus.

“Insya-Allah dengan masa yang ada sekarang serta dengan publisiti yang diberikan kami yakin kesemua tiket akan habis dijual dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Hotel Campbell, di sini pada Jumaat lalu.

Menerusi konsert ini, Search memilih menampilkan lagu-lagu dari album kelima, Karisma yang diterbitkan pada 1990 dan album keenam Search, Rampage (1992).

Sementara itu, Denden berkata, dia tidak masuk campur berkenaan isu dalaman Search dan sebaliknya mahu fokus pada persembahannya nanti.

“Jujurnya saya mengalami sedikit kesulitan ketika sesi latihan untuk konsert ini kerana seperti yang kita tahu sebelum ini, lagu-lagu Search dinyanyikan abang Amy.

“Saya sendiri mengidolakan abang Amy sejak kecil. Pembawakannya untuk lagu-lagu Search cukup baik dan hebat sekali.

“Saya sendiri akui sukar untuk membawakan lagu-lagu yang dipersembahkannya. Saya terpaksa ambil sedikit waktu untuk hafal kebanyakan lagu yang bakal dipersembahkan di dalam konsert ini nanti,” katanya.

Menurutnya, lagu-lagu terbabit jarang dimainkan di dalam konsert-konsert Search sebelum ini, tetapi semuanya lagu-lagu ini sedap dinikmati.

“Kebanyakan lagu-lagunya mempunyai pitching yang tinggi. Memang sukar juga untuk saya mengejarnya. Tapi saya akan berusaha untuk buat yang terbaik,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat