Pelengkap set teater rumah

- Advertisement -

Sistem audio sememangnya menjadi pelengkap kepada set teater rumah termasuk ia memberi nilai tambah dalam setiap kandungan penstriman video yang ditawarkan.

Sejak bertahun lalu, Samsung menawarkan kepelbagaian peranti audio dengan keupayaan fideliti tinggi sekali gus memberi pengalaman yang terbaik kepada pengguna.

Pengguna hari ini mempunyai banyak pilihan dalam aspek akses kandungan penstriman video dan wujud keperluan untuk memenuhi pengalaman dalam aspek penawaran sistem audio yang bukan saja mesra pengguna serta sesuai dengan ruang kediaman.

Mungkin bagi pengguna yang tidak biasa dengan saluran bunyi, dua sistem saluran bunyi mengandungi stereo speaker di bahagian kiri dan kanan manakala untuk tiga saluran didatangkan dengan speaker tambahan.

Untuk sebuah perkakas bunyi 3.1 akan dilengkapi dengan satu subwoofer khusus untuk bunyi frekuensi rendah manakala untuk 5.1 akan didatangkan dengan penambahan speaker di bahagian belakang.

Sistem bunyi 5.1.4 pula akan dilengkapi dengan dua saluran speaker memberikan bunyi tiga dimensi persekitaran sekali gus menghasilkan bunyi objek di luar daripada skrin.

Pada awal tahun ini, Samsung Electronics memperkenalkan bar bunyi atau ‘soundbar’ yang pertama di dunia menerusi saluran 11.1.4 dan ia mampu memberikan pengalaman kepada pengguna dengan penawaran bunyi lebih persis dan memenuhi ruang.

Kejayaan penawaran bunyi berkenaan adalah usaha berterusan daripada Samsung yang memberikan peranti berteknologi tinggi khusus untuk kepuasan pengguna yang mementingkan kejituan bunyi bak sistem audio panggung wayang.

Soundbar baharu Samsung ini dilengkapi dengan sistem bunyi saluran 11.1.4 yang memberikan kejelasan serta bunyi persekitaran (surround).

Jika pengguna sedang menonton filem aksi, HW-Q950A ini bakal ‘membawa pengguna’ kepada persekitaran persis di dalam filem berkenaan hasil daripada teknologi saluran yang ditawarkan pada perkakas berkenaan.

Contohnya, jika filem ini memaparkan bunyi kapal terbang, pengguna akan dapat merasainya tatkala kapal terbang itu menghamxpiri sehingga kepada berlalunya pesawat berkenaan.

 

UNTUK sebuah perkakas bunyi 3.1 akan dilengkapi dengan satu subwoofer khusus untuk bunyi frekuensi rendah manakala untuk 5.1 akan didatangkan dengan penambahan speaker di bahagian belakang.

 

Situasi sama juga untuk aksi kejar mengejar yang menghasilkan deruman enjin kereta super, perkakas baharu keluaran Samsung ini akan memberikan bunyi persekitaran yang bukan saja persis malah padat dengan pelbagai taburan frekuensi bunyi.

Semua itu dapat dihasilkan daripada teknologi Samsung yang menggunakan empat speaker utama, subwoofer sebagai penghasil bass dan dua speaker di bahagian belakang.

Bar bunyi ini turut menyokong teknologi bunyi Dolby Atmos dan Samsung Electronics merancang untuk menggabungkan teknologi Q-Symphony dalam meningkatkan jumlah produknya.

Teknologi Q-Symphony berkenaan adalah rekaan khusus untuk produk keluaran Samsung serta menghasilkan keupayaan bunyi lebih baik berbanding penalaan bunyi biasa.

Q-Symphony berkenaan akan melakukan penyeragaman penghasilan runut bunyi yang dikeluarkan oleh televisyen serta bar bunyi (sound bar) pengguna sekali gus bunyi yang terhasil lebih bersinergi.

Teknologi itu juga akan memberikan pengalaman luar biasa serta unik kepada pengguna khususnya untuk merasai pengalaman umpama panggung wayang.

Teknologi ini menyediakan bunyi 3D yang realistic untuk membolehkan pengguna menikmati audio yang lebih mendalam merentas pelbagai kandungan.

Mungkin ada pengguna yang mempersoalkan tentang keupayaan bunyi kerana ia banyak bergantung kepada persekitaran iaitu ketinggian siling, luas sesuatu ruang dan sebagainya.

Menyedarisaiz dan ciri gema bilik,bar bunyi keluaran Samsung menggunakanmikrofon terbina serta DSPdalam TV QLED untuk menyampaikanbunyi yang optimum.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web https://news.samsung.com/global/a-closer-look-at-the-worlds-first-11-1-4….

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat