Tayangan filem baharu Will Smith ditunda

- Advertisement -

LOS ANGELES: Dalam perkembangan yang dikatakan ada kaitan dengan insiden ‘panas’ di pentas Anugerah Akademi (Oscar) Ke-94, Mac lalu, filem baharu lakonan aktor kontroversi Hollywood, Will Smith berjudul Emancipation, dilaporkan tidak akan ditayangkan tahun ini.

Memetik laporan portal hiburan Hollywood, Variety, filem Smith terbitan Apple dan syarikat produksi miliknya, Westbrook Studios yang sepatutnya ditayangkan pada festival musim luruh, akhir tahun ini, ditangguhkan hingga 2023.

Arahan Antoine Fuqua, Emancipation bakal menjadi filem pertama lakonan Smith yang dipertontonkan selepas insiden beliau menempeleng pelawak, Chris Rock di pentas Oscar.

Berikutan insiden itu, Smith dilarang menghadiri Oscar dan acara berkaitan yang dikendalikan Anugerah Akademi selama 10 tahun.

Filem Emancipation diramal berpotensi untuk membawa pulang anugerah utama Oscar ke-95.

Bagaimanapun, menurut sumber, drama aksi itu tidak akan memasuki platform tayangan, tahun ini.

Sumber sama juga mendedahkan perbincangan dalaman antara Apple dan pembikin filem berkenaan mengenai prospek tayangan Emancipation pada musim luruh ini, namun nampaknya ia tidak mungkin menjadi kenyataan, lapor Variety.

 

Aksi Smith menampar Rock pada siaran langsung Anugerah Akademi (Oscar) Ke-94 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengejutkan penonton di Dolby Theatre dan seluruh dunia yang menyaksikan acara itu. – Foto AFP

 

Beberapa minggu sebelum menjelang Oscar tahun ini, Emancipation sudah menjadi buah mulut.

Seorang pembikin filem yang tidak mahu mendedahkan identitinya memberitahu Variety dia sudah menonton rakaman awal filem berkenaan.

Selepas menonton, dia mendakwa Smith berpotensi untuk merangkul trofi Oscar. Kenyataan itu dibuat sebelum Smith merangkul anugerah Pelakon Terbaik menerusi filem King Richard.

Insiden Smith bersama Rock akan menjadi topik yang membayangi urusan promosi filem Emancipation.

Namun, biarpun kontroversi ‘tampar’ dikatakan faktor utama tayangan Emancipation ditangguhkan, sumber lain mendedahkan Fuqua masih bekerja dan memantau proses pasca produksi serta mungkin belum bersedia menayangkan tahun ini, lapor Agensi.

Semuanya gara-gara proses produksi Emancipation tertangguh selepas pemindahan operasi syarikat produksi dari Georgia ke Louisiana dan kemusnahan disebabkan Taufan Ida.

Selain itu, kru dan kakitangan studio direhatkan akibat penularan kes COVID-19, Ogos tahun lalu.

Satu lagi faktor adalah kepadatan jadual Apple pada enam bulan pertama tahun ini. Syarikat itu bakal tampil dengan filem Cha Cha Real Smooth dibintangi Dakota Johnson pada 17 Jun depan. Ini disusuli animasi Luck pada 5 Ogos, lapor Agensi.

Selain itu, Apple juga memiliki beberapa judul yang belum diketahui tarikh tayangan antaranya The Killers of the Flower Moon lakonan Leonardo DiCaprio dan Jesse Plemons serta Raymond & Ray dan The Greatest Beer Run Ever.

Pada masa sama, syarikat itu juga mempunyai beberapa dokumentari, termasuk Black & Blues: The Colorful Ballad of Louis Armstrong daripada Sacha Jenkins dan The Sound of 007 garapan Mat Whitecross.

Emancipation yang ditulis Bill Collage dan pelakonnya, Ben Foster, menceritakan kisah seorang hamba yang cuba lari menyelamatkan diri daripada pemilik ladang.

Sementara itu, pengurusan Apple Original Films belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tayangan Emancipation. AGENSI

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat