V12 paling berkuasa

Ferrari 812 Competizione, edisi terhad siri istimewa terbaharu yang dibangunkan daripada model 812 Superfast, diperkenalkan baru-baru ini.

Versi Targa (bumbung separuh terbuka) iaitu 812 Competizione A juga dipertontonkan kepada umum dan menambah ciri eksklusif pada model ini.

Kedua-duanya dijana dengan enjin 6.5 liter V12 naturally-aspirated yang mampu menghamburkan kuasa 818 kuasa kuda (hp) pada 9,250rpm dan tork 692Nm pada 7,000rpm.

Ia dijana dengan transmisi 7 kelajuan F1 DCT dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 340 kilometer/sejam (km/j) dan memecut daripada sifar ke 100km/j dalam tempoh 2.85 saat.

Beberapa pembaharuan dilakukan pada enjin. Dengan mekanisme injap pemasaan dan sistem ekzos baharu, ia menjadikan model ini paling tinggi kuasanya dalam kalangan mana-mana Ferrari ICE.

 

CIRI aerodinamik maksimum.
CIRI aerodinamik maksimum.

Peningkatan tenaga enjin untuk kedua-dua model 812 Competizione sehingga ‘revs’ maksimum 9,500rpm untuk pecutan serta limpahan kuasa tanpa batasan adalah luar daripada kebiasaan dalam segmen enjin V12.

Untuk rekaannya, ia tampil dengan sedikit perbezaan karakter daripada 812 Superfast seperti bonet dengan jalur gentian karbon melintang. Ia menjadikan kereta ini seakan lebih kompak.

Untuk bahagian belakang, cermin ditutup sepenuhnya dengan tiga elemen profil yang berfungsi seakan generator vortex untuk fungsi aerodinamik terbaik.

Ia membolehkan tekanan pada gandar belakang dialirkan untuk ‘downforce’ lebih baik pada kenderaan ini, terutama pada kelajuan lebih tinggi.

 

PALING berkuasa untuk segmen enjin V12.
PALING berkuasa untuk segmen enjin V12.

 

Untuk ruangan dalaman, ia banyak mengambil inspirasi yang terdapat pada model 812 Superfast seperti pada papan pemuka dan panel pintu namun direka semula untuk lebih ringan serta tampil dengan tema H-gate untuk kokpit lebih sporty, moden dan penuh gaya perlumbaan.

Kenderaan ini sememangnya direka khusus untuk kepantasan. Aspek berat banyak memainkan peranan.

Untuk kekal ringan, gentian karbon dipilih sebagai material utama selain pemilihan fabrik untuk kedap bunyi terbaik.

Ciri lain ialah, jentera eksklusif ini hanya seberat 1,487 kilogram dan dipadankan dengan rim aloi bersaiz 20 inci, bunyi enjin dengan ciri Gasoline Particulate Filter (GPF) dan paip ekzos baru.

 

RUANG kabin elemen prestasi.
RUANG kabin elemen prestasi.

 

812 Competizione dan 812 Competizione A disasarkan untuk pengumpul dan peminat eksklusif kereta Ferrari yang fokus kepada prestasi pemanduan maksimum.

Sesuai untuk jalanan dan litar, ia menawarkan kuasa dan kawalan pada pelbagai kelajuan dengan ciri yang ditawarkan termasuk stereng empat roda ‘independent’ untuk kecekapan dan ketepatan ketika mengambil selekoh.

Harian Metro

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Pengarah Ola Bola lakar sejarah di China

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Ola Bola, Chiu Keng Guan sekali lagi melakar sejarah apabila karya terbaharu, On Your Mark mencapai kutipan pecah panggung pada...

Niat Niena beri nasihat disalah erti

KUALA LUMPUR: Niat Datin Niena Baharun sekadar berkongsi tip pilih jodoh kepada pengikut Instagram (IG), namun, rumah tangga sendiri pula yang dikaitkan netizen. Baru-baru ini,...

Juri FFM31 nilai 90 filem

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun ditunda akibat penularan pandemik COVID-19, edisi ke-31 Festival Filem Malaysia (FFM) yang bakal dianjurkan Oktober depan, dijangka menyaksikan 90...