Honor lancar MagicBook 15, Band 6

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Honor melancarkan laptop MagicBook 15 serta memperkenalkan model baharu gelang pintar Honor Band 6 di seluruh negara, hari ini.

Berbanding dengan model terdahulu, Honor MagicBook 15 lebih cekap dengan penggunaan pemproses terbaharu Generasi 11 Intel Core i5.

Manakala, ciri WIFI-6 dijangka dapat mengurangkan isu lengah ketika menggunakan aplikasi persidangan video dan audio.

Selain itu, paparan bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920 X 1080 piksel tidak berkelip dan turut diperakui dengan persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland bagi melindungi mata daripada cahaya biru, penggunaan lebih selesa dan mengurangkan rasa penat.

Honor MagicBook 15 dipasangkan dengan kapasiti memori RAM 16GB berasaskan pada medium DDR4.

Manakala jumlah storan ditawarkan adalah 512GB SSD dan kad grafik menggunakan Intel Iris Xe Graphics.

Selain itu, Honor MagicBook 15 turut mempunyai daya ketahanan baik dengan kerangka aloi aluminium serta tidak mudah tercalar.

Ciri lain termasuk teknologi pengecasan pantas 65W yang disokong USB jenis C dengan bateri yang mampu mencapai tahap 46 peratus selepas pengecasan selama 30 minit, berat 1.56 kilogram (kg) dan ketebalan 16.9 milimeter (mm).

 

HONOR Band 6. FOTO ihsan Honor
HONOR Band 6. FOTO ihsan Honor

 

Sementara itu, gelang pintar Honor Band 6 kini menawarkan skrin 1.47 inci yang 148 peratus lebih besar berbanding generasi sebelumnya bersama paparan AMOLED dengan resolusi 368X194 .

Ciri ini turut memudahkan pengguna membaca maklumat yang dipaparkan pada skrin dengan jelas.

Ia turut mempunyai ciri kesihatan dengan 10 mod senaman selain dilengkapi sensor 6-paksi yang akan ditambahbaik ke 96 mod senaman pada masa depan.

Bateri Honor Band 6 dijangka dapat bertahan selama 14 hari dengan penggunaan normal dan pengecasan 10 minit membolehkan penggunaan selama 3 hari.

Honor MagicBook 15 dijual pada harga RM3,699 manakala Honor Band 6 pada harga RM189 dengan pilihan warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Ia boleh didapati di Honor Experience Stores di seluruh negara atau di Lazada Honor Flagship Store dan Shopee Honor Official Store.

Pembeli juga berpeluang membawa pulang hadiah bernilai RM300 merangkumi beg galas laptop, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah Honor dengan pembelian Honor MagicBook 15.

Harian Metro

Previous article
Next article
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat