Haramkan pelitup muka mengandungi `nanopartikel graphene’

- Advertisement -

GEORGETOWN: Pihak berkuasa di negara ini digesa supaya mengharamkan penjualan pelitup muka yang mengandungi ‘nanopartikel graphene’ atau bahan lain yang berpotensi mengandungi toksik kerana dikhuatiri membahayakan kesihatan.

Gesaan itu dibuat susulan tindakan Kerajaan Kanada yang melarang penggunaan pelitup muka mengandungi bahan itu dan kemungkinan berisiko menyedut partikel `graphene’.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader, berkata `graphene’ adalah novel `nanomaterial’ yang merangkumi zarah halus dengan sifat antivirus dan antibakteria.

Katanya, pelitup muka mengandungi `graphene’ dikenal pasti mempunyai lapisan berwarna gelap pada bahagian dalam pelitup muka berkenaan yang berpotensi menyebabkan keracunan paru-paru pada haiwan.

“Meskipun potensi risiko kesihatan, berjuta pelitup muka yang mengandungi nanographene dihasilkan setiap hari dan dijual di seluruh dunia.

“Apabila digunakan dalam pelitup muka, lapisan `nanographene’ berfungsi melindungi pengguna daripada partikel dalam udara, dengan menghirisnya apabila disedut melalui lapisan `graphene’.

“Namun apabila pelitup muka itu lusuh, serpihan `nanographene’ menggelupas dan boleh disedut ke dalam paru-paru menyebabkan kesukaran bernafas, kerengsaan kulit atau merasa seperti bernafas dalam bulu kucing,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, Center for International Environmental Law (CIEL) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa sudah menulis surat kepada pihak berkuasa di Eropah.

Katanya, ia bertujuan meminta pihak berkenaan mengeluarkan pelitup muka mengandungi `nanopartikel’ daripada pasaran dan mengharamkan penjualan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) mengandungi bahan nanoform yang tidak dibenarkan dalam pasaran Kesatuan Eropah (EU).

“Memandangkan memakai pelitup muka adalah barisan pertahanan kritikal dalam melawan COVID-19 dan penyakit bawaan udara lain, kehadiran `nanopartikel’ dalam pelitup muka tidak seharusnya menjadi risiko kesihatan tambahan kepada pengguna.

“Sehubungan itu, kerajaan digesa supaya menetapkan piawaian bagi pelitup muka dan pengguna perlu mengambil iktibar daripada perkara ini.

“Kekal selamat dengan memilih pelitup muka yang diperbuat daripada kapas bagi mencegah penyebaran jangkitan,” katanya.

-BERITA HARIAN

Foto sekadar hiasan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat