Kematian Covid-19 meningkat, Hospital Sg Buloh terpaksa simpan mayat dalam kontena

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah akibat Covid-19 yang meninggal dunia.

Hospital Sungai Buloh yang memainkan peranan sebagai hospital utama dalam memerangi wabak Covid-19 terpaksa menggunakan kontena bagi tujuan berkenaan memandangkan jumlah korban kian meningkat.

Menerusi hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam dilaporakn enam kematian di Hospital Sungai Buloh.

“Lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.

“Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat.

“Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” kata KKM.

Hantaran Facebook KKM tersebut turut melampirkan gambar kontena berwarna putih dan pekerja yang memasang tempat penyimpanan di dalamnya.

Sebelum peningkatan kes pada April, negara tidak pernah merekodkan lebih daripada 30 kematian dalam sehari.

Bagaimanapun, terdapat lebih 30 kematian sehari untuk empat hari sejak Rabu lalu.

Setakat ini, jumlah kematian sehari tertinggi adalah pada Sabtu lalu dengan 44 kematian – 26 daripadanya di Selangor.

Seramai 202 orang meninggal dunia akibat Covid-19 minggu lalu, menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 1,902 orang.

Pesakit yang perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga mencecah angka tertinggi dengan 520 orang. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat