Najib Dalang Gerakan Jatuhkan Saya, Kata Mukhriz Mahathir

- Advertisement -

ALOR SETAR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang di sebalik tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Kedah selain menyebabkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang jawatan sebagai Menteri Besar buat kali kedua.

Menurut Mukhriz, sekalipun arahan untuk menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar datang daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun, Najib adalah sosok di belakang plot itu.

“Walaupun arahan untuk menjatuhkan saya di Kedah datang daripada Presiden Bersatu melalui (Datuk Seri) Hamzah Zainuddin (Setiausaha Agung Bersatu), tetapi protagonis sebenar masih orang yang sama dengan dulu iaitu Najib Razak.

“Tujuannya tidak lain tidak bukan semata-mata membebaskan dirinya daripada pertuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal mega yang mencemar nama baik Malaysia di persada dunia.

“Lihat saja apa sudah jadi pada kes pengubahan haram pada anak Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pendakwaan jenayah itu,” kata Mukhriz.

Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jerlun berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Aman, Kedah pada Ahad yang turut disiarkan secara langsung di Astro AWANI.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat