Didenda RM600 Hantar Makanan Di Kawasan PKPD

- Advertisement -

SELAYANG – Seorang wanita didenda RM600 oleh Mahkamah Majisret di sini hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kelima dengan menghantar makanan kepada ahli keluarganya di kawasan yang diwartakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Mahkamah juga mensabitkan 20 hari penjara jika tertuduh gagal membayar denda.

Lee Sue Lin, 23, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Mengikut pertuduhan, Sue Lin pada 9 Mei lalu jam 3.45 petang di Kawasan PKPD C3 Zon Selayang Batu, Gombak, Selangor dengan sengaja berada dalam kawasan tempat jangkitan tanpa sebarang alasan munasabah.

Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan satu kesalahan mengikut Peraturan 4(2) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 5) 2020 yang boleh dihukum di bawah Per 12(1) peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kairunnisak Hassni manakala tertuduh diwakili M Mariappan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan – Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat